Index»
kontraktor
»
mrt
»
paip
»
pecah
»
projek
»
syabas
»
tegur
»
Paip Pecah Syabas Tegur Kontraktor Projek MRT

Paip Pecah Syabas Tegur Kontraktor Projek MRT
Kamis, 26 Desember 2013

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) mengesan sebanyak 32 kes paip pecah disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan projek Mass Rapid Transit (MRT) dan transit aliran ringan (LRT) berlaku sejak tahun lalu.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, kejadian itu menyebabkan banyak insiden gangguan bekalan air bersih tidak berjadual pada skala besar berlaku di sekitar Lembah Klang.
“Berdasarkan rekod 2012, sebanyak lapan kes paip pecah berpunca daripada pihak kontraktor yang menjalankan pembinaan projek MRT/LRT. Sejak Januari lalu pula jumlah kes paip pecah akibat pembinaan projek MRT/LRT yang direkodkan sebanyak 24 kes.
“Peningkatan sehingga tiga kali ganda ini amat membimbangkan kerana ia secara langsung menimbulkan banyak kesulitan kepada Syabas dan orang ramai. Pengguna berhadapan gangguan bekalan air dan pengguna jalan raya pula mengalami kesesakan lalu lintas akibat kerja-kerja pembaikan paip tersebut,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Priscilla berkata, Syabas mengingatkan semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan, syarikat pembinaan dan kontraktor yang terlibat dengan kerja-kerja korekan tanah supaya menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh sebelum sebarang kerja dimulakan.
Menurutnya, pihak terbabit perlu mengenal pasti kedudukan kemudahan utiliti-utiliti yang terletak di bawah tanah terutama saluran paip Syabas dan lain-lain utiliti termasuk kabel.
Kata beliau, penggunaan ‘Utility Services Detection’ dan ‘piloting’ perlu dijalankan sebelum kerja-kerja pembinaan bermula bagi mengelakkan aset-aset utiliti itu termasuk paip Syabas mengalami kerosakan.
Beliau turut meminta pihak terbabit sentiasa memastikan agar pihak kontraktor atau sub kontraktor mereka mengambil tindakan pencegahan yang sewajarnya bagi mengelakkan sebarang kerosakan terhadap paip-paip air.
“Syabas berharap kes kejadian paip pecah yang disebabkan oleh pihak ketiga akibat kerja-kerja pembinaan yang dijalankandapat dikurangkan,” katanya.
Related Posts : kontraktor,
mrt,
paip,
pecah,
projek,
syabas,
tegur
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar