Index» » » » » » » » 559 Calon SPM 2011 Peroleh Semua A

559 Calon SPM 2011 Peroleh Semua A

Senin, 30 Desember 2013

Salam semua,


559 Calon SPM 2011 Peroleh Semua A+

Tahniah buat 559 calon daripada 468,808 calon menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 yang memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010 yang lalu.

Seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010. Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 juga bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN)5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010.

Tujuh calon memperoleh semua A+ dalam 12 mata pelajaran, 72 calon (11 mata pelajaran), 284 calon (10 mata pelajaran) dan 143 calon (sembilan pelajaran). Keputusan SPM 2011 ini juga adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun.[sumber]



Tidak ada komentar:

Posting Komentar